Ibadah, Soal Jawab - Written by on Wednesday, March 31, 2010 12:29 - 0 Comments

Berhutang untuk tunaikan Haji

Assalamualaikum ustaz,

Saya ada terfikir untuk membuat pinjaman bank bagi membolehkan ibubapa saya pergi haji. Adakah ini dibenarkan?

Jawapan:

Ia adalah harus berdasar keputusan yang telah dibuat oleh muzakarah majlis fatwa kebangsaan dengan syarat-syarat tertentu. Di sini saya sertakan keputusan muzakarah tersebut:

Hukum Skim Pinjaman Wang Daripada Koperasi Dan Seumpamanya Untuk Menunaikan Fardu Haji Atau Umrah

Tarikh Keputusan : 13 Jun, 2005
Tarikh Mula Muzakarah : 13 Jun, 2005
Tarikh Akhir Muzakarah : 15 Jun, 2005

Oleh : Muzakarah Kali Ke-69

Keputusan

i. Adalah harus seseorang berhutang untuk menunaikan haji atau umrah sekiranya diyakini mampu membayar balik hutang tersebut dan ia tidak menjejaskan kehidupan normalnya; dan

ii. Skim pinjaman tersebut hendaklah diuruskan melalui badan atau koperasi yang mementingkan prinsip ikhlas, taawun, adil dan telus dalam operasinya disamping bebas dari unsur-unsur riba.

Rujukan: Jakim

Sekian

والله أعلم

Disediakan oleh:
Ustaz Ahmad Zainal Abidin
Setiausaha MUIS

Soal Jawab Lain



Leave a Reply

Comment

Ruangan pertanyaan "Tanya Ustaz" diberhentikan buat sementara waktu untuk tujuan pembaikpulihan laman sesawang. Harap maaf.

Soal Jawab Popular

Komen Terkini

Pautan