Ibadah, Soal Jawab - Written by on Saturday, March 27, 2010 7:06 - 3 Comments

Solat Tahajjud Sebelum Tidur

Assalamualaikum ustaz. Apakah solat tahajjud sebelum tidur dibenarkan?Andaikan saya selesai bermesyuarat atau ulangkaji pelajaran pada lewat malam,dan khuatir akan susah bangun Qiam atau mungkin terlepas untuk solat subuh berjemaah di masjid.Apakah keadaan tersebut dibolehkan?

syukran.

(saya pernah mendengar keharusannya sebelum ini.tapi,belum jumpa dalil)

Jawapan:

Tahajjud merujuk kepada perkataan

فتهجد

yang terdapat dalam ayat ke 79 surah al-Isra’. Ia bermaksud bangun daripada tidur untuk mengerjakan solat sunat malam. Tahajjud juga bermaksud sembahyang selepas bangun daripada tidur.

Jadi solat tahajjud perlu dilakukan selepas bangun daripada tidur malam walaupun tidur tersebut hanya sebentar.

Kaedah usul ada menyebut:

إذا وقتت العبادة بوقت فصار الوقت صفة لها

Maksudnya: Apabila sesuatu ibadat diwaktukan dengan waktu tertentu, maka jadilah waktu berkenaan sifat kepada ibadat tersebut.

Jadi dinamakan solat tahajjud apabila ia dilakukan pada waktu selepas bangun daripada tidur. Maka solat sebelum tidur tidak dinamakan solat tahajjud kerana waktu tahajjud adalah selepas bangun daripada tidur.

Walaubagaimanapun jika anda belum tidur dan ingin melakukan ibadah solat, di sana terdapat amal ibadat solat yang boleh dilakukan seperti melakukan solat sunat mutlak, solat sunat wudhu’ dan sebagainya.

Mengenai bermesyuarat atau ulangkaji hingga lewat malam sehingga menganggu solat subuh berjamaah, ia perlu diatasi dengan memastikan waktu tamat mesyuarat atau waktu tamat ulangkaji pada waktu yang munasabah.

Sekian  والله أعلم

Rujukan:

1) Islamonline
2) Muhadharah Syeikh Abdul Mun’im al-Qi’e (Prof Al-Azhar)

Disediakan oleh:
Ustaz Ahmad Zainal Abidin
Setiausaha MUIS

Soal Jawab Lain



3 Comments

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

suhailsufian
Mar 27, 2010 22:31

assalamualaikum, soalan ini termasuk dalam tafsir ayat ahkam bagi surah israa’ yg menyebut

‘ dan dari malam itu bertahjjudlah kamu dengan nafilah moga…..’-israa’

dimana ulama’ berpendapat seperti yg dinyatakan oleh ustaz Ahmad,

Adapun Qiyamullail,blh didirikan pada waktu tersebut, dengan dalil akhir surah muzzamil yg umum tanpa mensyaratkan apa2 keadaan khusus selain waktu malam,
‘sesungguhnya Tuhan kamu mengetahui sesungguhnya kamu mendirikan sebahgian dari sepertiga malam…’-muzzamil

Jadi,saudara Anas boleh berqiyamullail,cuma solat tahhajud hanya didirikan selepas tidur.
wallahu a’alam

rujukan-tafsir ayat ahkam, Syeikh Ali Sayis
rujukan lain yg blh dirujuk-

tafsir Al-Qurthuby, Tafsir Ayat Ahkam-Assobuni, Tafsir Ayat Ahkam-Dr Qosbiy Zalath

Setiausaha MUIS
Mar 29, 2010 13:21

jazakumullah kpd saudara suhailsufian kerana menambah ulasan dan penerangan
mungkin ada orang kadang2 terkeliru antara صلاة الليل (solat malam) dan صلاة التهجد
huraian saudara suhailsufian menjelaskan perbezaan antara kedua-duanya.

saya bagi pihak MUIS amat mengalu-ngalukan sebarang pandangan dari pembaca

sekian wassalam
s/u muis

Yasmin Jamaluddin
Oct 2, 2011 3:46

Dari Majlis Ugama Islam Melaka (berlainan dgn padangan MUIS) :

Solat sunat Tahajjud boleh dilakukan walaupun tidak didahului dengan tidur tetapi adalah lebih baik jika dilakukan selepas terjaga daripada tidur di sepertiga malam.

http://alhuda.mmu.edu.my/jawapan/baca.php?id=112

Leave a Reply

Comment

Ruangan pertanyaan "Tanya Ustaz" diberhentikan buat sementara waktu untuk tujuan pembaikpulihan laman sesawang. Harap maaf.

Soal Jawab Popular

Komen Terkini

Pautan