Fiqh Semasa, Soal Jawab - Written by on Thursday, April 8, 2010 8:25 - 3 Comments

Baju lambang salib

Assalamualaikum ustaz, bagaimana kalau kita memakai jersi bola yg ada pada lambangnya tanda salib padahal tanda salib tersebut tidak dapat dilihat dengan jelas(lambang salib tersebut kecil) harap penjelasan dari ustaz?

Jawapan:

Pakaian yang mempunyai lambang agama selain Islam dan juga lambang atau logo maksiat seperti jenama arak, judi dan sebagainya adalah haram dipakai sama ada lambang tersebut kecil atau besar. Tetapi itu tidak bermakna pakaian itu mesti dimusnahkan atau dibuang. Lambang atau logo tersebut hendaklah dihilangkan terlebih dahulu dengan apa cara, dan pakaian itu bolehlah dipakai.

Sekian  والله أعلم
Disediakan oleh:
Ahli Panel MUIS

Soal Jawab Lain



3 Comments

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

ingin tahu
Apr 10, 2010 15:10

dalilnya dan pendapat ulama?

Setiausaha MUIS
Apr 23, 2010 15:44

minta maaf, ahli panel yg menjawab soalan ini sedang sibuk menyiapkan pengajian PhDnya. Jadi kpd 'ingin tahu', untuk mengetahui dalil dan pendapat ulama, harap boleh rujuk  kitab  إقتضاء الصراط المستقيم مخالفة أصحاب الجحيم . Boleh lihat perbahasan ulama muka surat 167-221.
sekian 
s/u muis

Abdul Rahim
Apr 2, 2011 6:44

salam
saya ada menyuarakan masalah tentang jenama nike yang berasal daripada greek false goddess tetapi masih belum dijawab
berkenaan isu bendera ini….saya sedang menuntut ilmu di uk….adakah haram untuk saya
1. nyanyi lagu negara uk dan hormat benderanya
2. mengunnakan buku yang ada bendera england
3. makan dari makanan yang tulis made in England (dengan tunjuk bendera england)
4. masuk ke bilik, sekolah, hospital yang ada bendera england.
5.berkawan dengan rakan2 yg pakai rantai salib
6. ATAU adakah isu salib nie cuma pada pakaian sahaja.

Leave a Reply

Comment

Ruangan pertanyaan "Tanya Ustaz" diberhentikan buat sementara waktu untuk tujuan pembaikpulihan laman sesawang. Harap maaf.

Soal Jawab Popular

Komen Terkini

Pautan