Ibadah, Soal Jawab - Written by on Saturday, April 24, 2010 7:00 - 4 Comments

Khuf relevan di Malaysia

Assalamualaikum ustaz,

Adakah hukum 'Khuf' boleh aplikasikan di Malaysia?

Jawapan:

 

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء والمرسلين
وعلي آله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان إلي يوم الدين أما بعد

Hukum menyapu 'khuf' boleh aplikasikan di Malaysia bahkan di mana-mana sahaja dalam dunia ini. Anggota tentera merupakan golongan yang banyak mengamalkan hukum 'khuf' di Malaysia. 

Ulama besar Imam an-Nawawi telah berkata: Telah ijmak ulama (di kalangan mereka yang dikira ijmak mereka) bahawa harus menyapu ke atas 'khuf' bagi seorang yang bermukim atau bermusafir samada disebabkan oleh keperluan atau pun tidak sehingga harus menyapu 'khuf' bagi seorang wanita yang hanya tinggal di rumahnya. Wallahu A'lam.

Hadis-hadis yang menyebut tentang 'khuf' tidak membataskan aplikasinya di tempat-tempat tertentu sahaja.

Sekian  والله أعلم

 

Rujukan:

1) Ahmad Isa A'syur, Al-Fiqh al-Muyassar.

Disedikan oleh:
Ustaz Ahmad Zainal Abidin
Setiausaha MUIS

Soal Jawab Lain



4 Comments

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Mas Azam
Apr 24, 2010 23:29

Adakah sarung kaki dikategorikan sebagai khuf juga? kerana baru2 ini saya terlihat ada seorang arab mengambil wudhuk dengan  memakai stokin/sarung kaki.

Setiausaha MUIS
Apr 25, 2010 8:13

Adakah sarung kaki dikategorikan sebagai khuf?
Berlaku perbezaan pendapat di kalangan ulama dalam masalah ini. Prof Dr Husamuddin Musa A'faanah (Prof Usul dan Fiqh) Universiti al-Quds telah membuat kajian terperinci dalam perkara ini. Kesimpulan kajiannya adalah seperti berikut:
فالمسح على الجوربين ثابت بالسنة وبه عمل الصحابة والتابعونوالأئمة المجتهدون، وهو جائز ولا حرج فيه.
Maksudnya: Menyapu ke atas sarung kaki adalah thabit dengan sunnah dan beramal dengannya para sahabat, tabi'ein dan imam-imam mujtahidin. Ia adalah harus dan tiada masalah padanya. Selain beliau, Syeikh Dr Yusof Qaradhawi juga mempunyai pandangan yang sama.
Jika anda berminat untuk melihat perbahasan hujah secara detail, bolehlah lihat kajian yang dibuat oleh Prof Dr Husamuddin Musa A'faanah (Prof Usul dan Fiqh) Universiti al-Quds di alamat berikut:
http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528618300
sekian والله أعلم
s/u muis

MeMAMAA
Apr 25, 2010 12:24

Syukran kasira ust… ana amat2 menghargai. moga MUIS trus dijadikan sebagai medan perbincangan Ilmu2 Islam

Sejuk..berwudhu’lah dengan khuf | azzariyat.com | memberi erti pada diri
Dec 20, 2010 5:56

Leave a Reply

Comment

Ruangan pertanyaan "Tanya Ustaz" diberhentikan buat sementara waktu untuk tujuan pembaikpulihan laman sesawang. Harap maaf.

Soal Jawab Popular

Komen Terkini

Pautan