Fiqh Semasa, Soal Jawab - Written by on Tuesday, April 6, 2010 7:30 - 10 Comments

Letak gambar muslimah di Facebook

Assalamualaikum ustaz,

Apa hukum muslimah meletakkan gambar mereka yg menutup aurat di dalam laman sosial (eg facebook, friendster) atau blog peribadi tanpa tujuan dharuri?

Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله والصلاة والسلام على رسول لله وعلى آله وصحبه أجمعين

وبعد,

Ada beberapa sudut yang perlu dibincang dalam isu ini antaranya ialah perhiasan yang dibenarkan didedahkan oleh seorang wanita , isu saranan menundukkan pandangan kepada kaum lelaki ,isu niat dan isu fitnah.

Firman Allah SWT:

Bermaksud :dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; (terjemahan sebahagian ayat 31 surah al-Nur )

Dalam tafsir Ibnu Kathir dinukilkan beberapa pandangan mengenai perhiasan tubuh yang diberi pengecualian antara:

عن ابن عباس: { وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا } قال: وجهها وكفيها والخاتم

Ibnu Abbas mengatakan antara perhiasan berkenaan ialah wajah , kedua tapak tangan dan cincin.Beliau membawa dalil :

عن عائشة، رضي الله عنها؛ أن أسماء بنت أبي بكر دخلت على النبي صلى الله عليه وسلم وعليها ثياب رقاق، فأعرض عنها وقال: “يا أسماء، إن المرأة إذا بلغت المحيض لم يصلح أن يُرَى منها إلا هذا” وأشار إلى وجهه وكفيه

Daripada Aishah R.A bahawa Asma’ bte Abu Bakar menemui Nabi SAW dalam keadaan berpakaian agak nipis lantas Nabi SAW berpaling daripadanya dan berkata “wahai Asma’ sesungguhnya apabila sampai peringkat umur baligh , tidak harus dirinya dipandang kecuali ini sambil menunjuk kepada muka dan tapak tangannya.(sunan Abi Daud 4014)

Dalam isu menundukkan pandangan Allah SWT berfirman:

Bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.(Terjemahan ayat 30 surah al-Nur)

Mengikut sebahagian ulama muka dan tapak tangan adalah termasuk dalam perhiasan yang diberi keizinan oleh syara’ untuk didedahkan .Namun falsafah mengapa ia diberi keizinan ialah seperti diungkap oleh al-Hafiz Ibnu Kathir

قال  : { وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا } أي: لا يُظهرْنَ شيئا من الزينة للأجانب، إلا ما لا يمكن إخفاؤه.

“Janganlah mendedahkan perhiasan berkenaan kepada lelaki asing kecuali yang tidak mungkin atau sukar untuk di sembunyikan

Maka dengan itu , sengaja meletakkan gambar walaupun  menutup aurat didalam laman sosial (eg facebook, friendster) atau blog peribadi tanpa tujuan dharuri hendaklah dijauhi lebih-lebih jika gambar itu ada unsur tabarruj , aksi yang merangsang dan membawa kepada fitnah yang lebih besar kepada diri sendiri mahupun keluarga .

Kecuali ada maksud tertentu yang diterima oleh shara’ tetapi dengan penampilan yang cukup beradab seperti bersama-sama rakan yang lain dalam sesuatu program atau bersama suami .

Hadith menyebut :

انما الأعمال بالنيات

Hanyasanya amalan itu itu dinilai berdasar kepada niat

Kaidah feqh menyebut :

الأمور بمقاصدها

Sesuatu perkara itu berdasarkan kepada tujuannya.

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

والله أعلم بالصواب

Disediakan oleh:
Ustaz Zamri Hashim
Sekretariat MUIS

Soalan dihantar oleh: ibrahim.

Soal Jawab Lain



10 Comments

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

syedAnas
Apr 6, 2010 22:31

Alhamdulillah.jelas skali..syukran.~

Jamaliah
Apr 7, 2010 14:49

Salam. saya ada 2 soalan

1. apa hukumnya bagi lelaki meletakkan gambar di facebook?
2. apakah boleh suami isteri meletakkan gambar di facebook andai gambar tersebut boleh mendatangkan fitnah.sbg contoh gambar perkahwinan atau berbulan madu yg keterlaluan. gambar2 tersebut bukan shj keterlaluan bahkan gambar2 pengantin umumnya bertabaruj baik lelaki mahupun wanita.

Zakir
Apr 7, 2010 18:42

Habistu, kat tempat lain di internet, pejabat, sekolah etc pun sama laa tak boleh, kan? Macamana pulak kalau kita suka2 tampal gambar org lain?

zamri
Apr 8, 2010 8:14

saudari Jamaliah

1.antara hikmahnya wanita difokuskan di dalam al quran dalam penjagaan aurat ialah wanita sangat dijaga kemuliaannya oleh Islam dan fitrahnya mempunyai daya yang tinggi untuk mencairkan ketahanan iman orang lelaki .

2.Jika gambar itu ada unsur-unsur diharamkan oleh shara’ maka tetap tak boleh walaupun gambar itu gambar seorang lelaki , suami isteri dsb.

saudara zakir

semua gambar itu diletak di mana-mana tempat isunya sama sahaja ..kalau ia mengandungi perkara yang ditegah ..maka tak bolehlah.

tapi Zakir kena baca dan faham artikel sepenuhnya .Kita kena tahu tak boleh sebab apa dan dalam keadaan apa yang tak boleh kalau b oleh sebab apa dan keadaan apa yang boleh .

hmbe ALLAH
Jun 3, 2010 23:55

assalamualikum,,,sye nk tanya,,,macam mana kalau orang lain yang masukkn gambar kite?contohnye kawan2 saya memasukkn gambar sya di facebook tnpa saya ketahui,,,terima ksih…:)

norazma
Aug 31, 2010 10:19

salam..kalau letak gambar baby leh x???

Hukum – Letak gambar muslimah di Facebook
Dec 13, 2010 21:08

[...] Dipetik dari: Hukum – Letak Gambar Muslimah di Facebook dsb. [...]

aniesa
Jan 29, 2011 13:02

salam ustaz,apakah hukum seorang perempuan menghantar mesej kepada kawan lelaki yang bukan muhrim?contohnya,bertanya khabar dan sebagainya..ana harap ustaz boleh jelaskan..syukran..

SIHIR GAMBAR DI FACEBOOK dan STRATEGI SYAITAN « kaymamablog
Jan 31, 2011 13:41

[...] Berikut adalah tanda-tanda gangguan jin/syaitan dan sihir, sila perhatikan jika kamu :- 1.Mimpi yang menakutkan, mimpi berada di tempat yang kotor atau mimpi jumpa makhluk yang pelik-pelik. 2. Sering terjaga pada tengah malam tanpa sebab dan sukar untuk tidur kembali 3. Mimpi terasa terjatuh dari tempat yang tinggi dan rasa gerun 4. Sering bertengkar dengan ahli keluarga kerana perkara yang kecil dan remeh, sukar pula untuk berbaik    semula, ada-ada saja halangan 5. Anak-anak jadi sangat degil, keras kepala, sering dengki sesama sendiri, malas belajar, amat suka pada hiburan 6. Terasa diri tidak disayangi dan sering muram dan ingin selalu bersendirian 7. Rasa amat sedih secara tiba-tiba dan menangis tiba-tiba kerana selalu memikirkan perkara yang negatif ( tentang diri sendiri atau orang tersayang)  8. Sering terlupa secara tiba-tiba, rasa bingung atau rasa seperti orang bodoh, hilang arah tujuan. 9. Rasa  benci , marah dan ada saja yang tidak kena dirasakan pada orang yang kita sayang bila dia di depan mata, walhai bila dia jauh di mata kita amat rindu dan terasa amat sayang padanya  10. Rasa malas dan tidak mahu belajar atau amat payah untuk membuat perkara baik, sering letih lesu, sakit badan pada bahagian tertentu tanpa sebab yang pasti 11. Terasa seperti ada seseorang di dalam rumah  atau melihat sesuatu melintas     Jika terasa ada sesuatu yang tidak kena pada diri, cepat-cepatlah pergi berjumpa ustaz atau orang alim yang boleh membantu. Jangan biarkan ianya berlarutan dan menjadi semakin parah. Ramai pasangan yang porak peranda kehidupannya dan sehingga bercerai berai kesan daripada campurtangan jin dan syaitan yang bersubahat dengan manusia. Mereka yang terkena  pula tidak menyedarinya.     Kita tidak tahu siapa musuh kita, ada orang di luar sana yang tidak senang melihat kita senang. Mungkin ada musuh lama  atau musuh dalam selimut yang mencari peluang dan mengambil kesempatan di atas kealpaan kita.. Sila perhatikan dan fahami carta ini baik-baik :- (Klik gambar untuk besarkannnya)     Aku banyak mencari fakta tentang perkara ni 2-3 bulan yang lepas atas sebab-sebab tertentu. Kebanyakan sumber di ambil dari badan pertubuhan islam internasional (seperti  DAARUSSALAAM) yang prihatin dan memperjuangkan orang-orang islam dari propaganda dan hakikat tujuan hidup iblis dan syaitan. Take care youself, okay. Cuba klik : .http://www.daarussalaam.com/(http://muis.ismaweb.net/2010/04/letak-gambar-muslimah-di-facebook/) [...]

Nurul
May 8, 2011 20:16

Salam Ustaz,
Apakah hukumnya seseorg itu meletak gambar yg tidak menutup aurat (e.g perempuan tidak memakai tudung) pada zaman kanak2 nya? Seperti saya meletak gambar2 sy masa kecil kat Facebook. adakah berdosa?

Leave a Reply

Comment

Sila isikan nama dan alamat email. Ataupun anda boleh log in jika anda mempunyai user account atau daftarkan user account jika masih belum memilikinya.











Allowable Tags: <p><b><em><u><strong><a><img> <table><tr><td><blockquote><ul><ol><li><br><sup>


Soal Jawab Popular

Komen Terkini

Muat Turun

Pautan