Ibadah, Soal Jawab - Written by ahlipanelmuis on Monday, July 26, 2010 12:24 - 1 Comment
Harta Ar-Rahnu kena zakat
Assalamualaikum ustaz,
Adakah dikenakan zakat emas yang sedang di ar Rahnu ?
Jawaban:
:الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام علي رسول الله , وبعد
Mengikut Dr.Sami b. Abdul Aziz al-Majid, Ahli Lembaga Pengajar Universiti Islam Muhamad bin Sa'ud bahawa harta ar-Rahnu tidak luput dari kewajiban zakat sekiranya harta ar-Rahnu tersebut termasuk dalam harta yang diwajibkan zakat seperti emas, perak dsbnya apabila harta-harta tersebut cukup syaratnya. Sebenarnya status harta Ar-Rahnu ialah ia milik ar-Rahin (orang yang menggadai – tuan harta) dan harta tersebut diamanahkan supaya dijaga oleh al-murtahin (orang yg digadaikan harta).
Bagaimana mengeluarkan zakat harta ar-Rahnu? Mengikut Prof Dr.Sulaiman Isa, cara mengeluarkan harta ar-Rahnu ialah ar-Rahin (tuan harta) perlu mendapat keizinan daripada al-Murtahin (orang yang menjaga harta yang digadaikan) kerana dia mempunyai hak yang tergantung ke atas harta gadaian tersebut.
Sekian والله أعلم
Rujukan:
1) http://www.almoslim.net/node/119030
2) http://www.islamtoday.net/fatawa/quesshow-60-1788.htm
Disediakan oleh:
Ustaz Ahmad Zainal Abidin
Setiausaha MUIS
Soalan dihantar oleh: Nujaimin.

Salam Ustaz Ahmad Zainal Abidin,
Saya juga merujuk kepada Lembaga Zakat Selangor dan mereka telah menyatakan emas di ar Rahnu TIDAK dikenakan zakat.
Sila rujuk : http://web.e-zakat.com.my/baru/organisasi/faq.asp
Dr Nujaimin