Ibadah, Soal Jawab - Written by on Friday, July 16, 2010 1:44 - 0 Comments

Wudhu’ dan mandi janabah

Assalamualaikum ustaz/ah,
Saya nak tanya, daripada dulu lagi saya keliru, adakah perlu untuk berwudhu sebelum mandi wajib, dan jika tidak perlu wudhu, adakah kita boleh terus bersolat?

Jawapan:

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام علي رسول الله , وبعد

Di antara sunat mandi janabah ialah berwudhu' terlebih dahulu sebelum mandi. Walaubagaimanapun jika seseorang itu terus mandi janabah, sesungguhnya wudhu' sudah termasuk di dalamnya. Daripada Aisyah r.a bahawa beliau berkata: Adalah Rasulullah s.a.w tidak berwudhu' selepas mandi janabah. Ibnu Umar r.a telah berkata kepada seorang lelaki yang memberitahunya bahawa beliau berwudhu' selepas mandi wajib, lalu Ibnu Umar berkata: "Anda telah pun basah".  Abu Bakar Ibnu A'rabi berkata: Tidak berselisih para ulama bahawa wudhu' termasuk dalam perbuatan  mandi dan niat mandi janabah adalah untuk menghilangkan hadas. Oleh kerana pantang larang janabah lebih banyak daripada pantang larang hadas (kecil), maka niat yang sedikit sudah termasuk dalam niat yang banyak. Maka memadai dengan niat yang lebih besar daripadanya.

Sekian والله أعلم بالصواب

Rujukan:
Fiqh Sunnah

Disediakan oleh:
Ustazah Nurazimah Abd Rahman
Wanita Isma Cawangan Melaka 

Soalan dihantar oleh: pencari_ilmu.

Soal Jawab Lain



Leave a Reply

Comment

Sila isikan nama dan alamat email. Ataupun anda boleh log in jika anda mempunyai user account atau daftarkan user account jika masih belum memilikinya.











Allowable Tags: <p><b><em><u><strong><a><img> <table><tr><td><blockquote><ul><ol><li><br><sup>


Soal Jawab Popular

Komen Terkini

Muat Turun

Pautan