Ibadah, Soal Jawab - Written by on Friday, August 20, 2010 12:22 - 0 Comments

Rakaat bagi seorang masbuq

Assalamualaikum ustaz,
Adakah seorang makmum yang masbuk dikira mendapat 1 rakaat juga jika dia mengikuti imam yg sedang rukuk?

Jawapan:

:الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام علي رسول الله , وبعد

Ya, seorang yang masbuq akan dikira mendapat rakaat apabila dia sempat mengikuti imam yang sedang ruku'. Perkara ini berdasar sabda nabi saw:

(ومن أدرك الركوع فقد أدرك الركعة (رواه أبو داود

Maksudnya: Barangsiapa yang dapat ruku' (bersama imam), maka sesungguhnya dia telah mendapat rakaat (riwayat Abu Daud)

Mengikut Syeikh Ahmad Isa 'Asyur; "Ketahuilah bahawa makmum tidak dikira mendapat ruku' melainkan dia sempat طمأنينة bersama imam semasa ruku'.
Ini ialah kerana ruku' tanpa طمأنينة bersama imam tidak dikira mendapat ruku' bersama imam. Oleh itu dia mestilah mendapat طمأنينة bersama imam sebelum imam bangun daripada ruku'. Maksud طمأنينة ialah berhenti selepas daripada sesuatu pergerakan pada kadar pengucapan ayat سبحان ربي العظيم."

Kesimpulannya, makmum masbuq dikira mendapat rakaat apabila dia sempat ruku' dengan طمأنينة bersama-sama imam.

Sekian والله أعلم بالصواب

Rujukan:
1) الفقه الميسر لأحمد عيسي عشور

Disediakan oleh:
Ustaz Ahmad Zainal Abidin
Setiausaha MUIS 

Soalan dihantar oleh: hizwani.

Soal Jawab Lain



Leave a Reply

Comment

Sila isikan nama dan alamat email. Ataupun anda boleh log in jika anda mempunyai user account atau daftarkan user account jika masih belum memilikinya.











Allowable Tags: <p><b><em><u><strong><a><img> <table><tr><td><blockquote><ul><ol><li><br><sup>


Soal Jawab Popular

Komen Terkini

Muat Turun

Pautan