Ibadah, Soal Jawab - Written by on Thursday, September 2, 2010 13:01 - 3 Comments

Hukum wanita beriktikaf

Assalamualaikum ustaz,
Bolehkah wanita yang berhadas besar (haid) duduk atau beriktikaf di dalam masjid dan membaca ayat-ayat al-quran yang telah dihafalnya?

Jawapan:

:الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام علي رسول الله وبعد

Iktikaf bermaksud tinggal di dalam masjid dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah swt. Ia adalah sunat bagi kaum lelaki dan juga wanita. Bagi wanita yang telah berkahwin, disyaratkan wanita tersebut perlu mendapat keizinan daripada suami.

Ia menjadi sangat dituntut pada sepuluh terakhir bulan Ramadhan kerana mengikut sunnah Rasulullah saw dan ingin mendapatkan Lailatul Qadar.

Telah thabit bahawa Rasulullah saw beriktikaf sepuluh hari setiap bulan Ramadhan dan baginda telah beriktikaf selama dua puluh hari pada tahun baginda wafat. (riwayat Abu Daud, Bukhori dan Ibnu Majah)

Juga telah beriktikaf para sahabat dan isteri-isteri baginda saw pada masa hayat dan selepas kewafatan baginda saw.

Namun iktikaf mempunyai rukun yang perlu dipatuhi. Rukun-rukun iktikaf ialah:

1) Niat. Ini ialah kerana iktikaf merupakan satu ibadat dan ia perlukan niat.

2) Tinggal dalam masjid pada kadar dianggap pada uruf kebiasaan dia sedang tinggal dalam masjid. Imam Shafie' berpandangan adalah sunat sekurang-kurangnya iktikaf itu satu hari supaya mengelak daripada khilaf ulama dalam perkara ini.

3) Orang yang beriktikaf itu mestilah seorang Islam, berakal, bersih daripada haid, nifas dan junub.

4) Tempat beriktikaf, iaitulah di masjid.

Seseorang tidak boleh keluar daripada tempat iktikaf kerana ia akan membatalkan iktikafnya mengikut Imam Shafie'. Namun ia dikecualikan bagi seseorang yang keluar kerana ada keperluan seperti membeli makanan dan membuang air.

Jika seseorang yang beriktikaf (sunat, bukan iktikaf nazar), tidak mengapa dia keluar daripada iktikafnya sebelum tamat tempoh yang diniatkannya. Dia tidak diwajibkan menyempurnakan yang baki.

Jika seseorang yang melakukan iktikaf, dia tinggal dalam masjid untuk tempoh tertentu kemudian dia keluar untuk tempoh tertentu, dan pada setiap kali dia masuk, dia berniat melakukan iktikaf, maka iktikafnya adalah sah (Majmuk, karangan Imam Nawawi).

Adapun seorang wanita yang didatangi haid ketika beriktikaf, maka wajib baginya keluar dari masjid. (Fiqh Muyassar).

Sebagai kesimpulan, amalan iktikaf adalah sunat kepada lelaki dan wanita. Bagi wanita, dia mestilah bersih daripada haid, nifas dan junub manakala lelaki mestilah bersih daripada junub.

Sekian والله أعلم بالصواب

Rujukan:

1) Fiqh Sunnah, Syed Sabiq.
2) Al-Fiqh al-Muyassar, Ahmad Isa 'Asyur.
3) Al-Mufassol fi Ahkam al-Mar'ah, Dr. Abd Karim Zaidan

Disediakan oleh:
Ustaz Ahmad Zainal Abidin
Setiausaha MUIS 

Soalan dihantar oleh: aina liyana.

Soal Jawab Lain



3 Comments

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

kami budak baru belajar
Sep 6, 2010 14:47

assalamualikum..ustaz..ni ader vedio yg translation nyer sangat berbeza ngan maksud asal dgn aper yg di perkatan minta ustaz translatekan…moga2 dgn usaha ini membantu mereka yg tidak mempelajari bahasa arab memahami nyer dgn baik..minta maklum balas sesegera mungkin!!!syukran ni linknyer http://www.youtube.com/watch?v=-WC-NYA8B6Y&NR=1<;/font

Setiausaha MUIS
Sep 13, 2010 23:07

Ya, translatenya memang banyak salah dan jauh menyimpang.  mungkin boleh minta tolong pelajar2 yg belajar di Mesir, Jordan, Saudi atau siapa yg ada kelapangan agar dapat translate utk manfaat orang ramai.
 
s/u muis

'Iffah
Nov 15, 2010 12:00

assalammualaikum ustaz… bagaimana pula dengan masuk ke masjid ketika haid (bukan untuk beriktikaf)?

Leave a Reply

Comment

Sila isikan nama dan alamat email. Ataupun anda boleh log in jika anda mempunyai user account atau daftarkan user account jika masih belum memilikinya.











Allowable Tags: <p><b><em><u><strong><a><img> <table><tr><td><blockquote><ul><ol><li><br><sup>


Soal Jawab Popular

Komen Terkini

Muat Turun

Pautan