Kekeluargaan, Soal Jawab - Written by on Saturday, January 8, 2011 8:33 - 5 Comments

Hukum menggugurkan kandungan

Assalamualaikum ustaz,

Apakah hukum menggugurkan kandungan di awal kehamilan (sekitar 2 minggu) kerana masih belajar dan tidak mampu utk membayar kos pengajian sekiranya menunda pelajaran selepas bersalin?

Wsalam wbt

Jawapan:

الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله

Sepakat ulama’ mengatakan bahawa haram hukumnya menggugurkan kandungan setelah ditiup ruh tanpa sebab-sebab yang dikategorikan sebagai darurat. Usia kandungan yang ditiupkan ruh itu adalah selepas kandungan itu berusia empat bulan atau 120 hari kehamilan.[1] Ini berdasarkan dalil:

Abdullah bin Mas’ud berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda : Sesungguhnya setiap kamu terkumpul kejadiannya dalam perut ibumu selama 40 hari dalam bentuk nutfah, kemudian dalam bentuk ‘alaqah selama itu pula, kemudian dalam bentuk mudghah selama itu pula, kemudian ditiupkan ruh kepadanya. (HR al-Bukhary, Muslim, Abu Daud, Ahmad dan Tirmizi)

Adapun menggugurkan kandungan sebelum ditiupkan ruh kepadanya, berlaku perbincangan di kalangan ulama’ namun secara ringkasnya adalah seperti berikut:

  1. Harus hukumnya menggugurkan janin dalam tempoh  40 hari kehamilannya sebab dalam tempoh ini kandungan masih tidak bernyawa.[2] Namun ada pendokong pandangan ini meletakkan syarat tertentu seperti kandungan akan memudaratkan isteri jika diteruskan, putus susu kepada anak yang sedia ada disebabkan kandungan yang baru sedangkan suami tidak berkemampuan untuk mengupah orang lain menyusukan anaknya, mendapat persetujuan suami isteri, pengguguran ini tidak membahayakan nyawa ibu dan lain-lain.
  2. Makruh hukumnya.[3]
  3. Haram secara mutlak kerana persenyawaan telah berlaku dan ia akan hidup. Imam al-Ghazali mengatakan ia adalah satu bentuk jenayah ke atas benda wujud yang akan terjadi.[4] Manakala Ibnu Jauzi mengatakan perbuatan itu tetap dikira berdosa walaupun tidaklah sama dengan menggugurkannya setelah ditiupkan ruh.[5]

Saya berpandangan – Wallahu a’lam – menggugurkan kandungan yang berusia belum sampai tempoh 40 hari adalah harus kerana ia hanyalah gumpalan darah , belum membentuk sifat-sifat paling minima sebagai manusia. Ia juga seperti ‘azl (coitus interruptus). Ia merupakan tindakan mengeluarkan sperma di luar vagina perempuan apabila suami tidak mengkehendaki kehamilan berlaku kepada isterinya. Nabi s.a.w. pernah membenarkan perkara ini berlaku kepada seorang sahabat dengan sabdanya: “Lakukanlah ‘azl padanya jika kamu suka! (HR. Ahmad, Muslim)

Adapun menggugurkan kandungan yang berusia 40 hari dan lebih , saya berpandangan – wallahu a’lam – termasuk dalam larangan yang difahami dari sabda Rasulullah s.a.w. kerana pada tempoh itu gumpalan darah sudah terbentuk dengan sifat-sifat minima sebagai manusia .

 Jika nutfah (gumpalan darah) telah melalui empat puluh dua malam, maka Allah mengutus seorang malaikat padanya, lalu dia membentuk nutfah tersebut; dia membuat pendengarannya, penglihatannya, kulitnya, dagingnya, dan tulang belulangnya.  Lalu malaikat itu bertanya (kepada Allah), ‘Ya Tuhanku, apakah dia (akan Engkau tetapkan) menjadi laki-laki atau perempuan?’ Maka Allah kemudianmemberi keputusan" (HR Muslim)

Meletakkan sebab-sebab ekonomi sebagai alasan untuk menggugurkan kandungan, pada pandangan saya – wallahu a’lam- adalah perkara yang telah diperingatkan oleh Allah dalam beberapa ayat sebagai alasan yang tidak kukuh dalam syara’. Antara firman Allah berkenaan adalah:-

“Janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka” (QS al-An’am 151)

“Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar.” (QS al-Isra’ 31)

 

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين




[1]Rujuk Fatawa Ibnu Taimiyah, Hasyiah Ad-Dusuqi, Nihayatul Muhtaj, al-Furu’;al-Muhalla .

[2]Rujuk Hasyiah Ibnu Abidin, Hasyiah ar-Rahuni , Nihayatul Muhtaj ,al-Furu’.

[3]Rujuk Jamie al-Fusulin , Fatawa Khaniyah , Hasyiah Ibnu Abidin , Nihayatul Muhtaj , al-Furu’ .

[4] Rujuk Ihya’ Ulumiddin

[5] rujuk Ahkam an-Nisa’

 

Disediakan oleh:
Ustaz Zamri Hashim
Sekretariat MUIS

Soal Jawab Lain



5 Comments

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Julia
Jan 20, 2011 9:08

Salam, saya memang menentang sangat org yang mahu menggugurkan kandungan tidak kira usia.Lainlah sekiranya boleh mengancam nyawa ibu dan sebagainya.Kalau tidak mampu dan tidak mahu hamil sementara belajar atau sebagainya kenapa tidak menggunakan kaedah perancangan semulajadi spt azl',mengira waktu kesuburan dan sebagainya sebelum terjadi?? Apabila sudah terjadi mulalah menyesal dsbnya… masaallah.Org yg seperti saya sukar mendapat anak sentiasa mengharap2 sedangkan org yg dikurniakan Allah tidak tahu menghargai dan bersyukur….

rio
Apr 12, 2011 11:54

Sy telah melakukan hub, kpd julia.. kl tau akhirnya akn mjd masalh, tentu dunia ini akn indah tnpa aborsi. tp semua itu kan udh trjdi. kd jgn menjudge… alangkah baiknya jika julia mempunyai solusi yg lebih baik utk kami. kami br berencana, jd blm diaborsi.. adakah solusinya??

yuyu
Jun 25, 2011 6:34

manusia ari ni sggup lakukan ap sja utk memuaskn nafsu tmsuk mbunuh ank sdiri…ad stgh mnusia y rndah nilai moral malu dgn msyrkt bila mlhirkn ank y rmai smpai sggup gugurkn nye… astagfirullahalazim… smoga Allah s.w.t mgampunkn dosa mreka y mgugurkn benih mreka sdiri.

suziediela
Feb 17, 2012 14:53

Assalamualaikum wbt..
Saya ingin berkongsi pengalaman dan bertanya….
Saya sudah berkahwin pada bulan april 2010 dan alhamdulillah saye mengandung pada bulan feb 2011…
sebaik sahaja tiba waktu hendak bersalin pada bulan oktober 2011, kandungan saye tidak dapat diselamatkan ketika itu…dan kami 'kehilangan' anak kami yang pertama…ketika itu saye bersalin secara c-zer. Dan atas sebab tertentu doktor pakar sarankan saye mengandung balik selepas 6bulan bersalin…
Tetapi dah rezeki Allah Taala, saye disahkan mengandung kembali pada bulan februari 2012…dan saya telah bertanyakan kepada doktor..pada pendapat doktor saye kene gugurkan kandungan ini…kene makan benda-benda tajam..tetapi saye tak berani nak makan benda-benda tajam sebab saye kan operation..takut kat dalam luka tak baik lagi….
Saya ingin bertanya apakah hukum saye melakukan keguguran pada kandungan ini?
Lagi pun saye ade sebab musabab bukan saja-saja nak buang benih ini..saye tak nak memudaratkan diri ini dan kandungan saye untuk akan datang…tolong saye…

AZHAR RAMLI
Feb 28, 2012 17:51

Assalamualaikum,.

Saya harap akan mendapat penjelasan yang lebih jelas dari Ustaz. Isteri saya telah mengandung dan usia kandungan kira-kira sebulan ketika komen ini dihantar. Masalahnya saya adalah pengidap Kanser paru-paru dan telah menjalani proses kimo kira-kira dalam sebulan juga. Bermakna Kandungan (hubungan intim berlaku) ada kemungkinan telah berada didalam kandungan semasa proses kimoterapi dijalankan.

Doktor telah menyarankan supaya tidak mengambil risiko takut kandungan akan mengalami masalah kecacatan semasa dilahirkan disebabkan ubatan kimoterapi tersebut. Apakah Hukuman sekiranya Isteri Saya Gugurkan kandungan (Disebabkan Risiko yang terhadap kandungan)

Harap dapat penjelasan segera dari Ustaz.

Sekian

Leave a Reply

Comment

Ruangan pertanyaan "Tanya Ustaz" diberhentikan buat sementara waktu untuk tujuan pembaikpulihan laman sesawang. Harap maaf.

Soal Jawab Popular

Komen Terkini

Pautan