Majlis Ulama ISMA

Tentang Kami

MUIS adalah singkatan kepada Majlis Ulama ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia). Ia ditubuhkan seiring dengan usaha ISMA untuk ‘Membina Generasi Harapan’ berpandukan petunjuk Ilahi. Menyedari hakikat bahawa usaha yang besar ini akan berhadapan dengan berbagai-bagai isu, maka MUIS beperanan untuk memberi pandangan dan idea bagi memastikan setiap pergerakan ISMA menepati petunjuk Ilahi lebih-lebih lagi di zaman yang cukup mencabar ini.

Di samping itu MUIS juga berperanan dan berganding bahu dengan biro-biro dalam ISMA bagi mencapai cita-cita ‘Membina Generasi Harapan’ mengikut kapasiti MUIS sebagai rujukan dalam bidang syarak.

Bagi masyarakat umum pula, MUIS akan memberikan khidmat bimbingan hukum-hakam syarak supaya kehidupan mereka menepati kehendak syariah dalam setiap aktiviti kehidupan. MUIS akan berusaha memberi pandangan dan penyelesaiaan kepada permasalahan harian masyarakat seperti masalah kefahaman dan akidah, masalah ibadah, kekeluargaan dan lain-lain.

InsyaAllah MUIS akan menyumbang sedaya upaya bagi menjayakan usaha ISMA untuk ‘Membina Generasi Harapan’ terlaksana di alam realiti mengikut syariah Allah swt.

Hanya kepada Allah SWT MUIS berharap. Amin Ya Rabbal A’lamin

Sila isikan nama dan alamat email. Ataupun anda boleh log in jika anda mempunyai user account atau daftarkan user account jika masih belum memilikinya.











Allowable Tags: <p><b><em><u><strong><a><img> <table><tr><td><blockquote><ul><ol><li><br><sup>


Soal Jawab Popular

Komen Terkini

Muat Turun

Pautan